Archive for October, 2006

Salam Aidilfitri…

Thursday, October 26th, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri…

Hari ini dah sampai 3 syawal, cepatnya masa berlalu…tinggal2 hari lagi nak berlepas ke Japan. 29/10/ 2006, flight pukul 11pagi terus sampai Tokyo. Hampir 8 jam dalam flight nanti. Apala nak buat nanti…hmm..belom siap prepare & kemas baju lagi…tengah nak beraya sakan ni…

Penatnya beraya, hari ni baru duduk rumah. Hari raya pertama ada marhaban, biasala tradisi kampung yang memang dikekalan hingga ke hari ini…memang seronok beraya dengan family & sanak saudara..nasib baik tak pergi Japan sebelum raya hari tu…kalau tak..nangislaa..Habis marhaban, beraya saudara mara sebelah ayah, then hari raya kedua, baru beraya sebelah emak..nasiblaa kampung kedua-dua belah parents memang dekat2 jer…

So, hari raya ketiga, dah balik rumah sendiri, buka rumah pula untuk tetamu & rakan-rakan datang…penat sangat laa…2 hari asyik makan jer..yelah..biasa kita puasa, so perut terkejut sikit sebab macam2 masuk…macam2 makan but yang special sikit sup tulang by my grandma’s maid and mihun sup by my auntie. Yelah asyik makan ketupat rendang je pun muak gak. Dapat pekena sup…uishhh sedap gilerr dah laa time tu hujan plak…perghh!! memang syok..

Makan-makan tu jerr tau kan…raya yang best dapat jumpa saudara mara yang kalau ikut kadang2 setahun sekali jerr dapat jumpa. Masa inilah nak kenal saudara-mara…jangan nanti terlanggar bahu tapi tak kenal rupa-rupanya saudara-mara sendiri. My parents memang cukup pantang kalau saudara mara bertantang tapi tak keluar bersalam-salaman. Masa ini saudara-mara yang jauh mungin kite perlu kenal. Adalah sesetengah orang bila saudara mara datang rumah beraya boleh pulak duduk kat bilik taknak keluar…memang tak patut la…and then parents pun tak kata ape2. Yelah budi bahasa budaya kita…

Apepun, hari raya tahun ni seronok and meriah, tapi macam biasa laa, dah takla meriah macam zaman budak2 dulu, collect duit raya banyak2…la ni kita yang bagi duit raya. Tapi seronok tgk anak2 buah & adik2 happy dapat duit raya since diorg pun puasa penuh…it’s a good practice laa untuk budak2 puasa.

So esok tak tau lagi plan macam mana. maybe pergi uruskan preparation nak pi japan, nak bawa makanan skit, bersihkan luggage yang dah berhabuk dah lama tak guna, baju2 dah prepare cuma tinggal nak gosok…uppss..lupa nak pi money changer tukar duit pada yen…malam tadi dah mimpi sampai japan tapi tak pi tukar duit, then banyak sangat barang tinggal…arrghh!! serik plak rasanya, walaupun hanya mimpi, tapi sort of macam  reminder. Pelikkan??

Hmm…so rasanya sampai sinije laa dulu. kejap lagi ade kawan nak datang beraya..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN…

* tak dapat bayangkan kalau beraya di perantauan…=p

Puasa Si Miskin…

Sunday, October 8th, 2006

Kisah yang boleh dijadikan tauladan….

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?" "Bapak pergi kerja…"

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…" Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat. Aku bertanya lagi

"Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

I lost my passport!!

Wednesday, October 4th, 2006

Maybe this is a ‘dugaan’ in this beautiful Ramadhan month. How i wish that the passport can shout to me and tell me where is it anyway..it is about 2 years dah tak guna that passport which i already gave to mom my to keep. Last time was a trip to Thailand with MPPUMS. That was 2004, end of dec 2003 and i remember celebrating new year at Bangkok in 2004. That was the last time i used my passport and before i fly back to sabah, i did remember i gave it  to my mom…aargghhh!!! where on earth anywhere else it should be….it was 2 years ago..and last friday, after i got a call from my boss asking my passport number during my japanese exam, i rushed back home to get it.  Unfortunately, it wasn’t there..at home..bagai nak gile gak searching everywhere until sampai nak buka i still searching…i realized the difficulty that i will face to get the new one…it is not EASY!!! i have to wait ONE MONTH to process and go through the invistigation. I don’t have a month, i don’t even have a week pun…

I have to apply for visa by now..and this passport number is actually for the process to get the invitation letter from Sumitomo, Tokyo. Now already 4/10 and my trip is scheduled on 29/10, raya ke-6. How am I supposed to do??? Luckily my boss’s bro got a friend in Imigration but is it not really going to help me since i have to wait within 10 days at least to know the result. If i calculate from yesterday 3/10 after i submit my application to process…it should be on 13/10 that i can call back to know the answer, and maybe on 16 or 17/10 only i can apply for visa which may take 3 days to process….luckily if everything goes to plan…if it is NOT??? Ya Allah hopefully it will be ok…insyaAllah..

i’m just afraid that i won’t get my new passport by 16 or 17/10…if that so i have only that 3 days on 23/10, 26/10 & 27/10 to apply for visa. It really make me a rush. Not even have any feeling for hari raya since if that really happen on the 3rd of raya i will be running down to Japanese Embassy in Kl to do my visa on my own. Gosshhh!! that is still in raya mood….

I haven’t say a word how i felt and faced to get all those things to prepare for a new passport. My advice is PLEASE KEEP YOUR PASSPORT IN A SAFE PLACE THAT YOU CAN REACH ANYTIME. Maybe i should tell how difficult & tiring esp bulan pose nih in getting this thing process. Make a police report, sahkan the report (this stupid police make me gone mad bile tak sahkan my report, bila i have to travel from shah alam to banting again just to get one "cop pengesahan" and the police can only say LUPA LAARRR….2 hari aku ulang alik shah alam-banting tau!!) eeerrghhh!!! menguji kesabaran jer..it is not end there, i have to fill up a Borang Kaji Selidik Kehilangan with 13 ques to answer…and the "BEST" part is i have to sahkan with the Pesuruhjaya Tinggi Sumpah which i have to queue up with a long barisan…gilerr menangislaa…tak tau nak kata ape…sabar jeerr….

i just hope, the process will be faster (i hope so since my boss already sent surat rayuan) and i still have time to make my visa b4 my departure…doakan aku to get over this thing done smoothly….hanya Allah yang tau macam mana sengsaranya…

The moral of my story: PLEASE BE ALERT & AWARE TO KEEP ALL IMPORTANT DOCUMENTS (not only passport) IN A SAFE APPROCHABLE PLACE. (jgn jadi seperti aku!)